Monday, 9 April 2012

aku telah mati??

sayang..
mungkinkah kau telah salah menyayangi..
seorang wanita yang telah lama mati..
mati dalam cerita yang menyakitkan..
walau seorang pun tidak akan mengerti..
sayang..
mungkinkah kau telah salah merindui..
seorang perempuan yang telah lama ingin menyepi
dari dunia yang penuh benci dan duri
sehingga nanti dia tetap ingin menyepi..
sayang..
mungkinkah kau telah salah mengasihi..
seorang gadis yang terlalu ingin pergi..
pergi dari cita2 yang terlalu amat menyakiti
sehingga menyebabkan jiwa hati dan dirinya mati
mati dalam mempertahankan mimpi..
sayang..
mungkinkah kau telah salah mencintai..
seorang insan yang terlalu ingin menyendiri
walau seribu tahun lagi..
walau diberi peluang lagi..
tapi hatinya sudah mati..
sudah mati!! sisa bersepi!
sayang..
maafkan andai warkah ini begitu menyakiti..
aku juga tersakiti...
takdir tidak selalu menyebelahi..
percayalah pada takdir ilahi..
andai cinta itu suci..
akan ku temukan kau satu hari nanti..
tapi bukan hari ini.